Sunday, December 21, 2008

eTiQa Takaful di iktiraf dunia

Sumber: Harian Metro, 18hb Julai 2008

Etiqa Takaful Berhad dipilih sebagai pemenang kategori pemasaran takaful terbaik dalam Anugerah Takaful Antarabangsa 2008 sempena Sidang Takaful Antarabangsa di London, baru-baru ini.

Anugerah yang mempertanding 11 kategori itu disampaikan Ketua Forum Muslim Konservatif, Mohamed Iltaf Sheikh. Etiqa Takaful diiktiraf kerana pendekatan pemasarannya yang inovatif serta paling menyerlah dalam kategori pemasaran terbaik. Calon lain dalam kategori sama ialah Salama (Islamic Arab Insurance Co) dari Emiriah Arab Bersatu dan SABB Takaful (Arab Saudi).
Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Perancangan Korporat Etiqa, Shahril Azuar Jimin, berkata sejak pelancaran jenama Etiqa pada November 2007, pihak pengurusan berusaha bersungguh-sungguh memastikan nilai berkenaan diterapkan setiap ahli keluarga Etiqa.

“Nilai ini diterapkan dalam tingkah laku, budaya kerja dan cara melayan pelanggan dengan menyenangkan proses serta kuasa kepada ahli keluarga Etiqa memudahkan mereka memberi pengalaman positif kepada pelanggan.

“Anugerah ini membuktikan usaha kami mengutamakan pengalaman positif pelanggan apabila berurusan dengan kami diakui dan dalam melangkah maju, kami akan terus mengambil iktibar daripada pelanggan kami kerana mereka teras kewujudan kami,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Antara kategori lain yang dipertandingkan ialah Syarikat Takaful Terbaik, Syarikat Re-Takaful Terbaik, Syarikat Takaful Reinsurans Terbaik, Produk Takaful Terbaik, Syarikat Teknologi Takaful Terbaik, Pengurus Aset Takaful Terbaik, Syarikat Pengkadaran Takaful Terbaik.
Etiqa Takaful ialah pengedar produk Takaful melalui pelbagai rangkaian dan memiliki tenaga agensi kukuh dengan lebih 12,000 wakil dengan 48 buah cawangan di seluruh negara.

Topik: Etiqa Takaful, Harian Metro

Introduction of eTiQa Takaful

assalamualaikum semua....

Pada sesiapa yg berminat utk apply eTiQa Takaful Agent di sini lah tempatnya... Menjadi agen eTiQa Takaful bukan sahaja menjanjikan satu kehidupan yg mewah malah memberi satu kerjaya professional kepada seseorang disamping menyebarkan syariah islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba.